chocolate's fan meet the dentist ;P

Wednesday, July 10, 2013

Diari Ramadhan | 1 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum dan salam Ramadhan :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umur sampai ke hari ni. Masih berpeluang untuk merasa Ramadhan kali yang ke 20 tahun ni. Specialnya tahun ni, ni lah kali pertama menyambut Ramadhan di perantauan.. jauh sangat dari family tercinta. jauh sangat dari tanah air tanah tumpah darahku. jauhla dari kelazimannya.. Almaklumlah dengan keadaan Mesir dinihari.. keadaan politik yang masih tak stabil. tapi itu semua ujian Allah untuk rakyat Mesir ni sendiri. Ada hikmah yang lebih besar disebalik semua pergolakan ni.. InsyaAllah :)

Panjang pulak muqaddimah.. hehe.. Lupa nak say Hi dekat blog ni. huhu.. dah lama sangat tak update. Alih alih dah masuk bulan Ramadhan dah pun. 10 Julai 2013 pulak kan. Lama sangat dah bersawang ni. Time nak bukak tadi pun dah boleh pulak terlupa password. Nampak sangat kan. hehehe ;pp Kehidupan sebagai pelajar Dentist pun dah habis tahun kedua. Next sem dah boleh official masuk tahun ketiga. Sekejap je masa berlalu.. hmm

Eh tujuan nak update ni actually nak cerita macam mana excitednya nak sambut Ramadhan kali ni. Yela kan, dahla jauh dari family, kawan2, sedara mara, kampung halaman, bazar Ramadhan *eh* hehe.. Mula mula macam sedih, tapi lepas je azan maghrib berkumandang malam semalam *waktu mesir* terus timbul satu perasaan ni tau. xtau nak kata excited pesyen apa. tapi macam syahdu la jugak perasaan tu. Solat terawikh buat dekat rumah dulu disebabkan keadaan keselamatan yang masih ditahap membimbangkan. dengar cerita dari kawan2 yang tak balik last year, best sangat terawikh dekat sini.. tula, masih tak berpeluang lagi kan nak merasa.. takpe2, ade lagi 29 hari. InsyaAllah sempat.. Subuh pulak masuk pukul 3 lebih. Memang kena bangun awal la kan kalau nak sahur.. Tapi pagi tadi tak bangun pun *bersebab* hahha.. xtaula ape yang budak dua orang tu makan time sahur tadi. bau mcm best. Oh lupa, ada lagi dua orang yang kental tak balik tahun ni.. rakan sekelas.. so, kitorang duduk sekali satu rumah walaupun asalnya rumah lain2.. Ie dgn Amal.. Memang banyak plan kitorang nak buat time Ramadhan ni.. tapi tak terlaksana lagi.. Akan diusahakan.. InsyaAllah.. Doakan keadaan Mesir, keadaan kami semua kat sini. Semoga sentiasa diberkati Allah sempena Ramadhan Al Mubarak kali ni.. *senyum*


1 Ramadhan 1434H / 10 Julai 2013 :)



p/s :: nak masak ape eh untuk berbuka kejap lagi? hehe.. masih panjang lagi hari ni.. sabar2 ;pp