chocolate's fan meet the dentist ;P

Tuesday, April 5, 2016

Bila Aimi Amalina bercakap dengan diri sendiri ;D | Part 1

Assalamualaikum buat diri sendiri sebab takde orang baca pun heheh

Awak, last awak post update dua tahun lepas tau. Hahaha.. Lompat dua tahun okay. Sekarang dah tahun 2016. Last update 2013.. Banyak sangat dah memori awak tak masukkan dalam ni. Rugi okay. Lepastu awak sedar tak awak dah tahun akhir ni. Tahun akhir sebagai pelajar pergigian dekat Alexandria University. Ni dah final sem dah pun. Lagi sebulan sebelum graduasi. 

Bulan 4 ni memang bulan paling hectic. Ya Tuhan permudahkanlah dan lancarkanlah perjalanan hamba. huhuhu *menangis air terjun* hmmmm

Sebenarnya esok ada final exam 40 marks subjek Implantology. Masa ni la tetiba rasa nak bukak blog, Tiup tiup habuk dalam blog, tulis post gagagaga.. Mana semangat nak study mana manamanamanaaa ? :'O

OK dah bye wassalam

Wednesday, July 10, 2013

Diari Ramadhan | 1 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum dan salam Ramadhan :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umur sampai ke hari ni. Masih berpeluang untuk merasa Ramadhan kali yang ke 20 tahun ni. Specialnya tahun ni, ni lah kali pertama menyambut Ramadhan di perantauan.. jauh sangat dari family tercinta. jauh sangat dari tanah air tanah tumpah darahku. jauhla dari kelazimannya.. Almaklumlah dengan keadaan Mesir dinihari.. keadaan politik yang masih tak stabil. tapi itu semua ujian Allah untuk rakyat Mesir ni sendiri. Ada hikmah yang lebih besar disebalik semua pergolakan ni.. InsyaAllah :)

Panjang pulak muqaddimah.. hehe.. Lupa nak say Hi dekat blog ni. huhu.. dah lama sangat tak update. Alih alih dah masuk bulan Ramadhan dah pun. 10 Julai 2013 pulak kan. Lama sangat dah bersawang ni. Time nak bukak tadi pun dah boleh pulak terlupa password. Nampak sangat kan. hehehe ;pp Kehidupan sebagai pelajar Dentist pun dah habis tahun kedua. Next sem dah boleh official masuk tahun ketiga. Sekejap je masa berlalu.. hmm

Eh tujuan nak update ni actually nak cerita macam mana excitednya nak sambut Ramadhan kali ni. Yela kan, dahla jauh dari family, kawan2, sedara mara, kampung halaman, bazar Ramadhan *eh* hehe.. Mula mula macam sedih, tapi lepas je azan maghrib berkumandang malam semalam *waktu mesir* terus timbul satu perasaan ni tau. xtau nak kata excited pesyen apa. tapi macam syahdu la jugak perasaan tu. Solat terawikh buat dekat rumah dulu disebabkan keadaan keselamatan yang masih ditahap membimbangkan. dengar cerita dari kawan2 yang tak balik last year, best sangat terawikh dekat sini.. tula, masih tak berpeluang lagi kan nak merasa.. takpe2, ade lagi 29 hari. InsyaAllah sempat.. Subuh pulak masuk pukul 3 lebih. Memang kena bangun awal la kan kalau nak sahur.. Tapi pagi tadi tak bangun pun *bersebab* hahha.. xtaula ape yang budak dua orang tu makan time sahur tadi. bau mcm best. Oh lupa, ada lagi dua orang yang kental tak balik tahun ni.. rakan sekelas.. so, kitorang duduk sekali satu rumah walaupun asalnya rumah lain2.. Ie dgn Amal.. Memang banyak plan kitorang nak buat time Ramadhan ni.. tapi tak terlaksana lagi.. Akan diusahakan.. InsyaAllah.. Doakan keadaan Mesir, keadaan kami semua kat sini. Semoga sentiasa diberkati Allah sempena Ramadhan Al Mubarak kali ni.. *senyum*


1 Ramadhan 1434H / 10 Julai 2013 :)



p/s :: nak masak ape eh untuk berbuka kejap lagi? hehe.. masih panjang lagi hari ni.. sabar2 ;pp


Monday, December 31, 2012

#1 Memori suka duka | 2012

Assalamualaikum w.b.t

sebelum masuknya tahun 2013 dan sementara umur saya masih 19 tahun.. ni lah post terakhir saya.. *post terakhir tahun 2012 la* . ye, 2012 dah nak berlalu. kenang balik apa yang dah berlalu sepanjang 2012. banyak pengalaman suka mahupun duka sepanjang 2012 nie. pengalaman mendewasakan kita kan? memang dah nak dewasa dah pun nie. lagi beberapa jam je lagi *ikut waktu Malaysia* nak masuk umur 20 tahun. padahal hujung bulan 10 haritue baru je nak merasa 19 tahun officially.. wuuuu :(

sebenarnya sekarang ni tegah fatrah imtihan. tapi, sempat lagi nak update blog. aiyooo.. takpe update blog ni  bukan selalu pun. tahun 2012 ni, dua tiga kali je rasenye update blog. tibe2, dah nak masuk 2013 dah haa.. huhuhu..stop study jap, release tension dan update blog. boleh kann? heee *esok paper oral histo aimi oii!* :S
So, tak boleh panjang panjang.. sebab nak sambung study balik..kat bawah ni just nak scan ape yang dah berlaku sepanjang tahun 2012 :) *memori 2012 la kirenye ni*

winter break 1st, february 2012.. jelajah cairo-mansoura-africano park

CAIRO :)




Stars Centre, Cairo
                   

Ramsis railway station


MANSOURA :) 
*mansoura ni kaya dgn makanan murah2 & sedap2* :3


     
                 




AFRICANO PARK :)
*macam zoo la*








bersambung... ;)

HAPPY NEW YEAR!! 



pssttt :: banyak sangat memori memori 2012 nie.. nnti sambung lagi ye.. 




Sunday, September 16, 2012

Come BAck HERE | MoshiMoshi :)

MoshiMOshiiiiii..

memang terlampau berhabuk dan bersawang dan jugak berhantu kan  blog nih. nak buat macam mana ni lah  gaya penulis yang gila busy 24/7 sampai last update pun bulan januari 2012.. *take note JANUARI okay. tak lame mana pun. adela dalam 8 bulan yang lalu.. -..-

blog ni pun dah macam wujud tak wujud je kan. hampir hampir jadik halim munan. hahaha.. act, tengah cuti lagi nie. tak tau nak buang masa kemane. tiba tiba teringat la kat blog yang amat disayangi dan dirindui ni kan.. *hukhuk dah tak tau nak buat apa baru terhegeh hegeh ingat kat blog :p

ini semua terjadi sebab... nak tau ? 
sebabbbb kelas yang sepatutnya start semalam, 15 september, extend sampai 1 oktober.. 1 OKTOBER okay.. adela lagi dalam 2 minggu la kot.. ini serius! taktau nak buat apa.. Wuuuu.. dan  part yang paling best la kan.. kiteorang tau mende ni petang hari yang sama baru sampai Alexandria.. gila tak meraung semuaa.. hahha.. kalau tau awal, boleh tuka tarikh flight balik lambat lagii.. tak puas lagi cuti cuti Malaysia.. tanah tumpah darahku.. ;)

tu jela kot.. *tibatiba update tak puas hati.. hahaha

p/s :: apa apa pun hope this becoming 2nd year will be better and better :*

Monday, January 16, 2012

Study week !

Assalamualaikum :)
saje nak post kat cnie yang STUDY WEEK dah pun bermula !! T.T
"wake up aimi, study2 !" huhu. memotivasikan diri sniri jap.
niat lillahi ta'ala :)

study smart skali :)

muehehe :P




psstt :: tengah tension sebenarnye nie, take time jap.. huhu

Saturday, January 14, 2012

REALITI | salji turun di Alexandria, Egypt

Assalamualaikum :)

waahh waahh ~ betul ke salji turun ?  kat alex ?
riuh, teruja, xcited semua ada :D
selama ni klau orang tanya kat egypt xde salji ke ?  suke jawab balik macam nie, "pernah nmpak tak salji atas piramid ?" hahaha. tiba tiba this year, betul2 ade salji turun. tapi dekat alex la, bukan piramid yang dekat cairo tu.. :P













Subhanallah kan ? bila Allah menghendaki sesuatu terjadi maka terjadilah ia, "كن فيكن" . jadi, tiada yang mustahil dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya :) 








act, salji yg turun tu bukan kat kawasan camp caesar pun, kawasan alex yg lain. huhu.. *tak merasa lagi laa nak pegang2 salji* T.T



psstt :: ade yg ckp yg turun nie bukan snow, tapi hail. ntahla, xtaw sejauh mana kebenaran nie. wallahua'alam :) 





Friday, January 13, 2012

Sejuk, Study dan FINAL !

Assalamualaikum :)

how these three words related each other huh ? aiyoo..  sangat2 related.
tambah tambah sekarang tengah winter kat cnie. dah masuk bulan satu, suhu makin rendah, sejuknya sgt dasyat la jugak *suhu around 9 degree celcius and above*  dengan sekarang nie hujan makin kerap. tapi, Alhamdulillah~ hujan itu rahmat :)



so, how about STUDY ??  T.T 
bile dah sejuk sejuk macam nie, tarik saratoga lah jawabnyee.. memang satu ujian yang sangat besar. bagi sesiapa yang berjaya study time weather seumpama ini, anda seorang yang cekal :)  tapi semua tu alasan semata mata bagi warga warga yang sememangnya MALAS nak study. 
haha :D 

bak pepatah melayu, 'nak seribu daya, xnak seribu dalih' :)


chaiyok2 :)

still need practice *tools untuk carving gg*



dan.. FINAL !!
yess, final lagi 8 days 192 hours 11520 minutes and 691200 seconds counting from now.. they will be on 21st January  T.T
sekejap je masa berlalu, macam baru semalam pijak kaki kat bumi mesir ni, tup tup, dah nk habis SEM 1. after final ?? WINTER BREAK ! *dua minggu je*  yohooo ! :D *sabar aimi, pulun final dulu*
banyak plan nak buat time winter break nnti. haha

Justeru itu, untuk exam final nie, please pray for my success. tak gune jugak kalau doa tanpa usaha kan ?  in syaa Allah, i will do my best.  *perbetul niat dulu aimi, hope dipermudahkan seglanya* ameen ~ :)

just for our reminder, kite study bukan hanya untuk exam semata-mata, tapi gunakanlah ilmu tu sebaik baiknya dalam kehidupan kite. sebarkan walaupun satu huruf. yang paling penting niat, selaraskan dulu niat :)




my schedule is on group 3. huu *takut*


usaha dan bertawakallah kepada-Nya :)




psstt: bagi sape2 yg taktaw, saratoga tu selimut tebal yg digunakan time winter :)